Resepi Kek Karamel Pelangi – Assalamu’alaikum.. Selamat Pagi.. Ya berjumpa lagi bersama kami resepi kek sedap yang senantisa berkongsi pelbagai macam jenis resepi kek mulai dari resepi kek coklat, resepi kek kukus, resepi kek pisang, resepi kek gulung, hingga resepi cupcake. Pada waktu pagi ini kami jumpa lagi bersama anda nak kongsikan resepi kek lagi lebih tepatnya ialah resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan. Mengapa kami nak kongsikan resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ni ? sebenernya ni adalah keinginan Bunda supaya kami kongsikan resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ni. Kerana teman-teman bunda ingin tahu resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ni jadi kami kongsikan sahaja di website ini hehe. Resepi kek karamel ini adalah kek yang bisa dikata mempunyai rasa yang sangat sedap dan lazat. Jadi tak hairan lah bila banyak teman bunda yang nak resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ni.

Mengapa dikatakan kek karamel pelangi kerana kek kukus yang satu ini diselimuti karamel dan memiliki warna yang bermacam-macam seperti pelangi sebab tu lah kek kukus ini disebut kek karamel pelangi. Resepi kek karamel pelangi ini rasanya sangalah sedap kerana perpaduan antara kek yang diselimu karamel sehingga pada masa kita makan punya rasa yang sangat lazat dimulut dan tekstur yang moist dan rasa karamelnya pun sangat terasi sebab tu kek kukus ini banyak digemari dikhalayak ramai Malaysia. Kami pun menyarankan anda tuk cuba resepi kek karamel kukus sukatan cawan ni di rumah.

Kek Karamel Pelangi Kukus Sukatan Cawan
Kek Karamel Pelangi Kukus Sukatan Cawan

Selain tu, Kek karamel kukus sukatan cawan ni juga sangat pas anda sediakan pada masa hari raya atau pun pada masa ada kumpul-kumpul keluarga. Tips untuk dapatkan karamel yang cantik dan rasa tidak pahit adalah gunakan api kecil sepenuhnya.Memang ambil sedikit masa tapi rasa kek puding karamel anda berbaloi. Satu lagi tips adalah jangan kacau gula ketika mencair.Nanti jdi keras berketul.Hanya goyangkan periuk ke kiri kanan untuk ratakan kawasan.

Bagi anda yang sudah tak sabar lagi dengan resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ini tak perlu risau kerana kami sudah sediakan resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan dibawah ini. Sudah tak perlu buang-buang masa lagi sila rujuk resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan dibawah ini.

Resepi Kek Karamel Kukus Sukatan Cawan

Bahan-Bahan Yang Digunakan Buat Puding Karamel Gula Hangus :

  1. 1 sudu makan penuh tepung kastard
  2. 1 sudu the esen vanilla
  3. 1 tin susu cair
  4. 1/2 cawan susu pekat
  5. 2 biji telur kuning dan putih
  6. 3 biji kuning telur
  7. 2 ½ sudu makan gula

Cara Penyediaan :

  1. Tabur gula ke dalam loyang 9 inci.Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan.
  2. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
  3. Untuk puding karamel pula,kacau semua bahan menggunakan garfu sahaja supaya sebati.
  4. Jangan biarkan berbuih.Tapis ke dalam loyang tadi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit untuk puding mula membeku.

Bahan-Bahan Untuk Meringue :

  1. 3/4 cawan gula putih
  2. 1 sudu teh cream of tartar
  3. 6 biji telur putih sahaja

Cara Penyediaan Meringue :

  • Pukul semua bahan pada kelajuan pelahan dahulu supaya sebati dan naikkan kelajuan laju untuk 2­3 minit dan mula perlahankan semula sehingga adunan mula bertanduk soft peak. Maksudnya tanduk mula terbentuk dan bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.

Bahan-Bahan Kek Karamel Pelangi Kukus :

  1. 1 sudu the esen vanilla
  2. 3 biji kuning telur
  3. 1 sudu teh soda bikarbonat
  4. 1 ½ cawan tepung gandum
  5. 1/2 cawan air
  6. Serbuk koko/milo secukupnya
  7. 1/4 cawan minyak jagung
  8. 1/2 cawan gula putih
  9. Pewarna pilihan

Cara Penyediaan Kek Karamel Pelangi Kukus Sukatan Cawan :

  1. Pukul telur,gula,air,minyak dan esen vanilla hingga berkrim.Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan meringue dalam 3 peringkat.Kaup balik dari bawah ke atas perlahan-­lahan sehingga sebati. Bahagika adunan kepada tiga bahagian secara sekata. 2 bahagian dicampur pewarna manakala 1 bahan lagi warna asal. Boleh mula panaskan oven pada suhu 170’C selama 10/­15 minit.
  3. Dengan gunakan sudu, tuang adunan hijau ke dalam Loyang berisi pudding tadi dengan perlahan dan berhati. Ratakan dengan sudu dan tak perlu rata sangat untuk dapatkan corak beralun ya.Adunan akan terapung.Kemudian ayak serbuk koko atau milo membentuk satu lapisan nipis. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan tadi. Lapisan terakhir tak perlu ayak serbuk koko atau milo.
  4. Bakar menggunakan kaedah water bath iaitu letak loyang kek ke dalam loyang 10 inci yang berisi air panas sehingga loyang tenggelam pada paras suku.Bakar selama 45 minit pada api atas bawah suhu 170’C dan 15 minit pada api atas sahaja. Setelah kek caramel pelangi anda masa,sejukkan 20 minit hingga kek lekang daripada loyang. Terbalikkan dan Kek Karamel Pelangi Kukus Siap dimakan.

Bagaimana mudah tak tuk buat resepi kek karamel pelangi kukus sukatan cawan ? Tentu mudah kan ? Kami kongsikan resepi kek karamel pelangi kukus step by step supaya anda semua paham betul dan sukses membuat kek karamel pelangi kukus sukatan cawan diatas. Sampai Jumpa lagi di resepi kek selanjutnya. Jangan lupa komentarnya ya. Thank’s

3 COMMENTS

  1. Hmm it looks like your site ate my first comment (it was
    extremely long) so I guess I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m
    thoroughly enjoying your blog. I as well am an aspiring blog writer but I’m
    still new to everything. Do you have any recommendations for
    rookie blog writers? I’d definitely appreciate it.

    • Thank you for visiting our web. Maybe for you I can recommend. For newbie writers in order to create a blog and make the article conform with your passion. Hopefully helpful🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here